Sunday, November 6, 2011

Hari yang memenatkan dan puas!

Assalamualaikum. Hehh. Alhamdulillah. Umur panjang. Allah masih bagi peluang untuk aku bertemu sahabat sahabat baik aku. Pada mulanya, perancangan untuk bertemu tidaklah dirancang dengan baik. Hanyalah sekadar perancangan suka suka saja. Tapi, Alhamdulillah. Allah bagi peluang kepada aku dan para sahabat baik untuk meneruskan perancangan ini. Walaupun tidaklah begitu teliti perancangan ini tetapi Alhamdulillah sekali lagi, semua yang hadir memainkan peranan dan menjayakan pertemuan ini dengan jayanya. Heh. Okay. Sangat sayangkan kalian semua.



  •   Ketua perancang : Nasuruddin
  • Penolong perancang : Nurul Shakila
  • Ahli yang hadir : Mohd Hazim , Dhania Hafizah  , Seri Ayu Ruhaizad , Nurkhaliesa Izzati , Nur Sakinah               






Haha. Okay, seperti yang kau orang tengok senarai di atas tu. Itulah yang sudi meluangkan masa bersama sama menjayakan perancangan yang tak berapa nak dirancang ini. Hehe. Tarikh telah ditetapkan. 26 Oktober 2011. Hari cuti umum. Hari Deepavali. Okay, konon anggarkan cuti umum ramai cuti dan sudi meluangkan masa. Tetapi, sangat sedih. Masing masing sibuk tak dapat datang. Sebab ada yang cuti sehari, ada yang shooting, ada yang berita sampai tak sampai. Gitu gitu laa gamaknya. Huhh. Nak buat macam mana kan kan. Huhu





Semuanya bermula, memandangkan ayah kerja malam, jadi ibu suruh aku pergi dengan ayah, pagi hari rabu tu ayah sampai rumah terus ambil Liesa di stesen bas berhampiran rumah aku dan terus ke stesen KTM Kajang. Kat sana akan bertemu dengan si Nas. Hee. pada mulanya aku tak sangka akan berjumpa dengan mereka berdua ni dan pergi bersama sama ke tempat yang hendak ditujui tu. Tambahan, malam sebelumnya itu…




  
“hey macik tubby..!”

“Huhh??” *dengan nada suara mamai mamai

“Nas tak boleh tidur laa.. Rasa excited sangat nak jumpa semua esok hari..”

“Huhh?? Alaa.. Nas ni.. kalau yea pun jangan la jahat sangat sampaikan …”






Talian terus terputus. Okay. Nampak sangat aku yang jahat. Sampaikan boleh keluarkan kata kata sebegitu kat Nas. Sedangkan kalau sebelum sebelum ni aku tak kisah kalau nas call memalam buta. Hm.. minta maaf!
Terus aku mesej nas. Hm. Memang tak sengaja aku untuk mengeluarkan kata kata camtu. Lagipun, memandangkan aku seorang wanita. Wahh! Mengaku pulak diri ini wanita. Hehe. Okay, memandangkan aku seorang wanita dan setiap wanita akan mengalami gangguan hormone. Jadi, pada malam itu, itu lah yang terjadi. Tanpa sengaja nas menjadi mangsa aku pulak. Haishh. Kesian kesian. Minta maaf!
Tapi tak sangka esoknya.. hehe. Macam tak ada benda yang berlaku je antara aku dengan nas. Huhu. Sengal tak sengal aku ni. Buat selamba boleh gelak gelak jadikan apa yang aku cakap tu sebagai bahan jenaka pulak. Ngeh ngeh ngeh.
Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi yang hendak ditujui iaitu di Midvalley. Setelah telah berjumpa Nas di stesen KTM Kajang. Masih awal lagi. Baru pukul 9.25 pagi. Sudah ramai orang memenuhi ruangan gerabak KTM. Aku sangkakan seawall begitu taklah ramai orang. Tapi rupanya sama saja. Ramai orang. Mungkin disebabkan cuti umum.









Sampai di Midvalley. Masih terlalu awal untuk berbuat apa apa. Kerana, Shark, Dhania, Ayuu dan Hazim , masing masing sedang dalam perjalanan. Aku , Liesa dan Nas merayau rayau melihat suasana di Midvalley tu. Di pawagam, terlalu ramai orang menempah tiket. Jadi aktiviti tu di cancelkan. Tambahan, sebelum pergi… 




“kina, ingat! Jangan nak tengok wayang tau..”

“baik ibu..”




Hehe. Amacam?? Ada ciri ciri anak yang solehah tak?? Ngee. InsyaAllah, adalah yea? Ngee. HAHA. Okay cukup perasaan perasan tu. Ngee. Jadi, terus tuju ke tempat main bowling. Okay, ibu tak ada pulak cakap jangan nak main bowling. Ibu hanya cakap jangan tengok wayang. Jadi, niat nak bermain bowling. Tetapi bila ditanya.. harganya mahal. Haishhh. Aku demand betullah mahal mahal ni. Aku bukannya kaya nak mahal mahal ni. Adoyai… jadi kami merayau dan singgah ke kedai haiwan peliharaan. Hehe. My idea
Melihat banyak kucing, burung, ikan ikan, hamster, tikus, anjing yang comel comel. HAHA.dan terus singgah kedai roti di jusco dan mencari tempat untuk duduk dan bersarapan dan menunggu yang lain tiba. Kedai apa ntah yang menjadi mangsa. HAHA.




Seorang demi seorang datang. Pada mulanya, Shark dan Dhania tiba terlebih dahulu. Diikuti Ayuu dan diakhiri Hazim. Terus huha huha gelak ketawa kat kedai tu. Sampaikan pekerja dia pandang macam tak puas hati je. Haha. Mana taknya, dengan muka selamba duduk kat situ boleh pulak makan makanan yang bukan dibeli dari kedai itu. tapi nasib baik laa kami semua baik sikit. Beli la air. Konon lepak kedai tu, atleast, ada la jugak beli dari kedai tu. Haha.



Hampir zohor terus ke tempat bowling tu semula. Tak sangka. Mula datang tak ramai orang. Kosong. Tapi bila datang balik. MasyaAllah. Sangat ramai umat manusia. Sampaikan nak main terpaksa tunggu bagi nama dan tunggu giliran. Yang lain pergi solat zohor. Aku , Ayuu dan Dhania tunggu giliran jika ada nama salah seorang dari kami disebut. Hampir sejam duduk kat tepi tu. Bergosip gossip cerita pasal diri masing masing setelah lama tak jumpa, dengan ditambahkan lagu hampir ke ala disko yang dipasang dalam tempat bowling tu. Boleh pulak nama tak disebut sebut. Bila tengok di kaunter, nama dah di garis. Ertinya memang tak berpeluang la nak main. Hoishh! Macam ape je. Tunggu hampir sejam. Tak sebut pun nama. Tahu tahu kena garis nama tu. Amik kau. memang sengaja la ni kan. Sabar sabar…
Terus mengangkat kaki keluar dari situ.














Bincang punya bincang kembali. Masih teruskan usaha untuk terus menunggu giliran yang baru untuk main bowling kembali. HAHA. Mesti penuhkan aktiviti bersama! Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kami sekawan bermain bowling. Ngeh ngeh ngeehhhh. Tengah tengah syok main. Dapat panggilan dari ibu. Kah kah kah! Lintang pukang aku cari tempat yang tidak kedengaran bising. Memandangkan kawasan bowling tu aku rasa macam dah dalam kelab malam. “Ya Allah.. Ampunkanlah kami”. Sejujurnya memang sangat menyeramkan. Dengan suasana tempat bowling tu makin lama makin menjadi tempat yang aku tak nak jejak sekali! Lampu yang terang menderang lalu menjadi malap. Lagu yang di pasang pula memang rasa macam nak tercabut gegendang telinga. Tambahan dengan lagu lagu hampir ke arah ke disko an.



Sebelum balik pulak, kami semua sempat menuju ke destinasi yang mampu mengenyangkan perut. KFC. Sementara Liesa dan Shark pergi mengambil order makanan. Aku , Ayuu , Nas dan Hazim mencari tempat duduk. Tapi Hazim hanya duduk seketika saja apabila dia memandang jam lalu bertanya kat Nas mana surau. Okay. dalam hari aku memang macam terpegunlah jugak. Sangat susah nak cari orang muda sebaya Hazim ni yang peka akan kewajipan sebagai seorang muslim.



Bila Liesa dan Shark sudah sampai sambil membawa makanan diikuti Nas yang turut membantu. Masih lagi terdapat kerisauan dalam disudut hati aku. yelah, memandangkan sudah banyak kali ibu call. Bila tiba Hazim sampai sesudah solat asar. Pada mulanya, Nas , aku dan Ayuu bertukar tukar ayam KFC tu. HAHA. Masing masing tak mahu mendapat ayam yang besar. Dan terdapat lebih seketul ayam pada mulanya juga memang mahu member kepada Hazim. Tapi sudah banyak kali pelawaan aku, Nas dan Ayuu di tolak. Dengan alasan sudah kenyang. Hm.. Okay. lalu Nas amik ayam tu dan aku bagi tisu untuk dia bungkus ayam tu dan masuk dalam beg dia. HAHA. Takkan nak buang pulakkan?? Jadi dengan hati aku tak pasti rela atau tak. Nas masukkan ayam tu dalam beg. HAHA. Yes! Berjaya jugak. Hehe.



Sebelum sempat balik, kami semua pergi ke BIG APPLE. Memandangkan Liesa mahu membeli donut dan dibawa pulang. Di situlah kami akhiri perjumpaan pada hari tersebut. Sempat jugak minta seorang budak lelaki mengambilkan gambar kami semua. Hehh. Thank you so much,boy!



Dan balik. Aku, Liesa dan Nas naik KTM dan turun bersama Hazim di Stesen Bandar Tasik Selatan. Hehe. Memandangkan Hazim pelawa dia mahu tolong hantarkan kami. Kami pulak jenis pantang kawan mengajak. Memang laju jela kan kan. Hehe. First, pergi Semenyih. Hantar Nas. Sampai Semenyih dah maghrib. Terus je solat kat surau taman perumahan rumah Nas. Nak tumpang sembahyang rumah Nas tak boleh. Mak ayah dia tak ada. Tak manis la kalau dipandang orang. Jadi ambil keputusan solat kat surau. Then, balik terus hantar aku dulu. Pada mulanya nak hantar Liesa dulu, memandangkan kawasan perumahan Hazim dan aku dekat. Tapi bila ibu kata ibu nak ambil aku kat kawasan berdekatan terpaksa la membatalkan niat. Jadi aku pulang dulu baru Hazim hantar Liesa…



Bila dah sampai rumah, agak risau takut kena marah dengan ibu. Memandangkan ini kali pertama aku balik lewat. Agak lewat laa. Dalam nak dekat pukul 8 setengah malam. Hehe





Nota kaki si budak nakal : Sangat seronok sampai tak ingat dunia bila dah berjumpa kembali dengan kawan , sahabat dan teman ini walaupun hanya seketika. Saat itu saat paling manis dan indah rasanya. Walaupun hanya seketika. Sesaat itu penuh dengan bermakna dan begitu berharga sekali.  Terima kasih atas pertemuan kali ini , Ya Allah.

4 senyuman:

ayuyuuu :) said...

auww yehh sangat seronok :')

KinaMissOne said...

memang sangat seronok ! semoga kita dapat bertemu lagi seperti camni :')

.shark.grown.up. said...

baca entry pun dah jadi rindu :)
moga Allah kekalkan persahabatan kita hingga hujung nafas. amin :)

KinaMissOne said...

InsyaAllah, kalau boleh baik sampai ke syurga Al Jannah. Amin... :)