Saturday, November 5, 2011

Kehilangan yang pasti tidak kembali lagi…


Pukul 1.50 pagi. Aku terjaga dari tidur lena. Terdetik hati aku untuk capai handphone untuk tengok jam. Rutin lepas terjaga dari tidur. dan mana tahu kot kot ada mesej atau call masuk masa aku tengah tidur lena.


“salam sayang semua. Rindu kalian. Mesti semua da tahu, along dah takde,  ….”



Aku tersentap. Aku gosok mata aku bagi jelas apa yang aku sedang baca tu. Dan bila aku baca balik…


“ salam sayang semua. Rindu kalian. Mesti semua da tahu, along dah takde, da pergi,sedih… hm semoga ditempatkan dalam golongan orang orang  yang beriman, rohnya tenang amin… jaga diri semua.. ayu sayang semua..” - 24 oktober 2011 pada jam 12.56 pagi.



Mesej yang masuk daripada Seri Ayu Ruhaizad. Kawan baik ketika di PLKN dulu. aku terus call Ayuu. Buat beberapa kali. akhirnya tak dapat. Tiada jawapan. Aku terus call Shakila zen. Shark angkat. Aku terdiam seketika. Ambil nafas panjang. Aku bertanya kat Shark. Untuk kepastian. Shark cakap yea. Itu pun dia baru tahu melalui Ayuu jugak. Sebab dia tak online laman sosial mukabuku tu pada hari tersebut. Aku tak mampu nak berkata kata lagi. aku diam tanpa kata.. 

Lalu aku terus call Nas. Nas angkat. Aku diam jugak.. aku tarik nafas panjang lagi sebelum memulakan kata. Aku bertanya lagi pasal Along. Nas kata dia tahu petang itu. Along meninggal akibat kemalangan manakala kawan sekolej dia cedera parah. Hmm.. Liesa yang call dan bagitahu dia. Aku tak banyak cakap macam selalu. Dalam hati aku masih tak puas hati. Aku letak.

Seterusnya aku call Liesa. Dua dua nombor Liesa, aku call. Celcom dan maxis. Juga tiada jawapan. Tiada yang mengangkat. Aku sedikit kecewa dan terkilan. Aku call Ahmad Asykin. Masih sama.. tiada yang angkat. Yea, aku tahu kenapa tak ada siapa yang angkat. Sebab waktu itu sudah pukul dua pagi. Siapa yang masih terjaga?? Hmm..


aku terus call Nas balik. Tapi aku masih tak tahu nak kata apa. Hanya beberapa ayat, aku keluarkan dari mulut aku. dan aku terus letak panggilan. Hm.. mungkin nampak biadap. Maaf Nas.


Dan sekarang, jam menunjukkan 3.28 minit pagi, tika aku sedang menaip entri ini. Puas sudah aku menangis sepuas hati. Aku terkilan dengan diri aku. aku sedih. Menangis tersedu sedu. Semua kenangan di PLKN bersama Along Amali dan ketika kali terakhir aku berjumpa dia di McD Jusco Maluri, semuanya datang kembali ke dalam kotak ingatan aku. aku bertambah sebak bila aku dapat tahu lambat. Sedangkan yang lain sudah tahu terlebih dulu dari aku.

Dia bagaikan kawan baik aku selepas hubungan yang dia harapkan bersama aku tak jadi. Aku rasa itu yang terbaik antara aku dengan dia. Okay, dia seorang yang baik. Masa kat PLKN dulu, macam macam dia buat. Bagi aku suka kat dia. Yea. Aku memang suka dia. Tapi hanya sebagai kawan. Dan dia terima. Dia terima dengan baik. Kot. Itu pun memakan masa. Sempat la jugak dia menjauhkan diri dari aku. dan masa itu jugak aku rasa serba salah bila dia menjauhkan diri dari aku. tapi aku berjaya buat dia tidak jauh balik dari aku. kawan tetap kawan. Hm..

Dia penuh dengan semangat. Ketika di setiap pertandingan di PLKN. Dia dan Shark. Ketua pasukan penyorak untuk kompeni aku. HARMONI DELTA.

Aku masih ingat lagi, bagaimana dia cuba untuk berkenalan dengan aku. hehe. Comel. Dia tak putus asa untuk cuba dekat dengan aku. walaupun aku hanya layan dia endah tak endah. Masa tu, setiap kompeni kena cipta logo untuk kompeni sendiri, nama lain bagi kompeni, lagu untuk kompeni, dan apa ntah lagi. aku lupa. Dan aku pulak diberikan tugasan untuk tulis balik setiap apa yang ditulis yang lain diatas kertas mahjung. Seperti lirik lagu kompeni, visi misi dan sebagainya.. tapi semua tulisan yang telah ditulis di atas kertas mahjung yang dipersembahkan masa itu bukanlah hasil tulisan aku. tetapi hasil tulisan Along. Kesemuanya dia yang tulis sendiri. Baikkan. Hee. okay, kat sini dah nampak macam aku yang jahat suruh dia yang tuliskan. Hm.. sebenarnya masa dia tuliskan tu, dia punya kerja dah settle. Jadi datang membantu aku. hanya aku dan dia saja kat atas meja di tepi penjuru kanan pentas. Yang lain sibuk atas lantai laa, sibuk melukis logo.. macam macam ragamlah. Dari situ aku mula kenali dia.


Along Amali yang aku kenal, seorang yang baik. Kelakar. Agak pemarah jugak. Tapi aku tak pernah tengok dia marah depan aku. bagi aku, kalau dia marah pun mesti ada sebab. Semua orang macam tu kan??. Kalau orang yang tak waras pun marah jika ada orang lain yang buat dia marah inikan pula orang yang waras. Seorang yang penuh semangat. Setia kawan…


Kali terakhir aku jumpa dia, masa aku belajar di KLMU. Waktu tu, pukul sebelas pagi. Dia kata nak belanja aku makan. Tapi memandangkan aku sibuk dengan kelas dan dia pun begitu. Hanya seketika je aku dan dia dapat bersua muka. Bertempat di McD Jusco Maluri. Dia dengan Tshirt dan berseluar jeans dan aku pula dengan baju kurung berselendang. Okay. konon bajek ayuu la kan. Hee. Dua fillet of fish. Dia yang belanja. Banyak benda kami borakkan.  Hm.. aku rindu cara dia buat aku ketawa masa tu.





Along Amali…





Kina minta maaf. Kina rasa kina mungkin orang yang terakhir tahu atas pemergian Along pergi. Kina sedih. Kina terkilan. Rasanya Kina menangis teruk sekali. Sampai tersedu sedu. Kina tahu, kina patut kuat, untuk terima yang Along dah pergi dijemput oleh Yang Maha Pencipta. Kina just harap kita dapat jumpa lagi. harap Along buat kina ketawa macam kali terakhir kita jumpa tu. Sebab dalam bulan ni saja dah empat orang dah pergi tinggalkan kina. Allah lebih sayangkan mereka. Termasuk Along. Bertambah terkilan, akhir akhir ni kita jarang berhubung. Sebab Kina baca kat wall Shark yang Along akan menghadapi final exam.



Along, Kina tak tahu nak taip apa lagi.. Kina buntu. Kina cuma harap, Kina berdoa agar roh Along tenang. Along ditempatkan bersama sama golongan orang orang yang beriman…



Terima kasih atas pertemuan kita yang Allah telah tetapkan. Terima kasih atas kesudian untuk menjalinkan persahabatan antara kita. Terima kasih atas lawak jenaka yang menjadi penghibur hati Kina. Terima kasih atas kenangan bersama yang kita lalui..



Kina akan sentiasa merindui Along…



Hm.. Kekadang aku rasa kelakar dengan diri aku. Aku kata jangan tangisi pemergiaan mereka tapi insafi atas pemergian mereka. Tapi apa yang aku tengah buat sekarang lepas dapat tahu?? aku tangisi pemergian mereka. Aku menangis teresak esak. Aku kata kena kuat untuk terima atas pemergian mereka. Tapi, apa yang aku tengah buat sekarang lepas dapat tahu?? aku rasa lemah. Aku rasa sunyi lepas kehilangan mereka. Aku kekurangan kawan. Sahabat. Teman.

Aku tahu, yang lain jugak bersedih sama seperti aku. tapi aku perlu kuat untuk bagi semangat kat yang lain. Sebab aku nak lain jugak kuat untuk terima pemergian dia. Macam yang pernah aku bagitahu entri sebelum ini. Dan seperti yang semua tahu. daripada Nya kita dihidupkan dan daripadaNya jugalah kita kembali. Dan hanya doa jela yang dapat temani mereka…



Nota kaki si budak nakal : Akhir akhir ni, dalam bulan ni saja aku kehilangan empat orang yang Allah lebih sayangi. Aku redha dengan pemergian mereka. Aku boleh menangis. Menangis sekuat hati aku. tapi pada masa yang sama, aku perlu kuatkan diri untuk terima pemergian itu, aku perlu tabah harungi jalan hidup aku yang akan datang, dan aku perlu gagah untuk terima qada’ dan qadar Allah. Hidup mati jodoh pertemuan dan perpisahan itu terletak pada tangan Nya. Takdir yang telah ditentukan. Kita hanya berusaha, tawakal dan berdoa. Pasrah dan redha dengan ujian yang telah ditetapkan dalam hidup ini…

2 senyuman:

ayuyuuu :) said...

:')

semoga Along ditempatkan di kalangan org2 beriman. aminn..

KinaMissOne said...

Amin...
Kita pasti akan sentiasa merinduinya...