Dimulakan dengan بسم الله الرحمن والرحيم
Assalamualaikum. Ehem ehem. Memandangkan sudah masuk Awal Muharram, 1433 Hijrah , perkataan ‘aku’ itu akan cuba Kina tukar kepada perkataan ‘saya’. Okay, nampak la agak baik sikit berbanding sebelum ini yang tak agak baik tu. Tapi saya memang seorang anak yang agak agak tak baik jugak..
Kaum wanita sama hebat kaum lelaki.
Kamu mesti selalu dengar yang kaum lelaki lah yang menjadi fisabilillah,menegak keadilan berjuang ke jalan Allah. Kaum lelaki lah imam kepada kaum wanita ni. Kaum lelakilah yang menjadi pembimbing kepada kaum wanita ni. Bunyi nampak kaum wanita ini tidak ada kelebihan apa apa. Okay. jangan sempitkan fikiran. Bukakan fikiran dengan sebuka bukanya. Kamu percaya atau tak , dalam membentuk agama Islam, kaum wanita sangat penting. Sangat memainkan peranan. So important..
Believe it?? You have to believe it..
Nak bukti..??
Ada orang pernah bertanya pada ayah imam Syafie’ ; macam mana boleh dapat anak segenius macam ni..??. Ayah beliau cakap ; dapat anak macam imam Syafie’ ni bermula dari pemilihan ibu dia.
Di sini, kita dapat lihat. Dengan pemilihan si ibu yang baik, insyaAllah kaum lelaki boleh mendapatkan zuriat yang baik. Dapat melahirkan keturunan yang baik baik. Semuanya bermula dari pemilihan si ibu. ( Ada kaitan keee ??)
Kekadang kalau sesiapa perasan dalam status laman sosial mukabuku. Saya lebih kerap berkaitkan dengan berkaitan dengan kaum Wanita atau diri sendiri. Sesungguhnya saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai salah seorang kaum wanita. Mungkin cukup lebih dikenali sebagai kaum yang lemah. Tetapi disebalik kelemahan yang selalu orang lain nampak hanyalah pandangan mata kasar semata mata.
Allah telah menjadikan kaum wanita ini dengan sebaik baik kejadian seperti juga kaum lelaki. Seperti mana kaum lelaki, kita lebih mengetahui merekalah yang lebih kuat dengan badan berotot mereka berbanding kami kaum wanita yang tidak memiliki otot berketul ketul seperti mereka, merekalah yang lebih terbaik dalam hal soal agama agama ni berbanding kami kaum wanita yang mempunyai cuti bulanan yang diberikan oleh Allah sejak dari zaman zaman terdahulu lagi, merekalah yang lebih terbaik dalam soal memimpin berpolitik berbanding kami kaum wanita yang hanya lebih banyak dipimpin sejak dari lahir lagi, hingga sudah mampu berdikari lalu sehingga ke alam rumahtangga.
Tetapi, dengan semua semua itu Allah telah buat kaum wanita ini punyai kekuatan juga seperti kaum lelaki. Tetapi kekuatan kaum wanita tidak akan dapat ditandingi kaum lelaki. Sampaikan kerja kerja untuk meneruskan zuriat hamba Allah telah meletakkan sebagai tanggungjawab wanita. Memang saya mengaku, tanpa kaum lelaki ini kaum wanita tidak akan mampu mengandung. Tetapi laratkah kaum lelaki itu ingin memikul tanggungjawab itu? tanggungjawab kaum wanita dengan membawa ke hulu ke hilir perut yang buncit yang diisi darah daging rangka seorang manusia yang Allah jadikan melalui sperma dari seorang kaum lelaki.
Apabila sudah cukup bulan pula kandungan yang dipikul ke hulu ke hilir itu, akan dilahirkan. Mampukah kaum lelaki menjerit meraung untuk menahan kesakitan akan kelahiran itu dengan suara garau mereka?? Di sini kita dapat buktikan kehebatan dan ketabahan seorang kaum wanita itu. Mostly, apa yang saya dapati, semakin sakit seorang kaum wanita itu semakin sayangnya pada seseorang tu. Kalau lelaki, makin disakitkan makin dibenci. Mungkin sebab itu Allah meletakkan tanggungjawab itu kepada kaum wanita. Belum pula ditambahkan lagi dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri. Mampukah kaum lelaki bersabar dengan karenah anak anak yang sedang meningkat dewasa?? Itu anda yang perlu menjawabnya sendiri. Okay? hee
Kaum wanita juga dilabelkan sebagai makhluk Allah yang mudah mengalirkan air mata. Ada fakta yang mengatakan air mata wanita itu senjata. Ada juga mengata wanita yang suka mengalirkan air mata ini merupakan seorang yang manja. Cengeng. Kuat nangis. Okay. aku salah seorangnya. Percaya atau tidak? Kamu kena percaya. Haha.
Kekadang kita mesti sering tertanya kepada Allah, mengapa kaum wanita sering menangis?
Jawabnya :
Kerana wanita itu unik
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
- Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
- Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
- Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
- Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
- Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA”
Sekarang sudah fahamkan? Betapa istimewanya kami. Betapa Allah sayangnya kami. Betapa kuat tabah dan gagahnya kami seperti kamu wahai kaum lelaki. Anak cucu cicit Adam.
Nota kaki si budak nakal : Wanita yang kuat, tabah dan gagah adalah wanita yang tabah dan gagah mengalami sebuah kehilangan dan menahan rindu akan sebuah kehilangan itu. Manakala, lelaki yang cantik pula adalah lelaki yang bersabar atas ujian yang telah menimpa dirinya dan tidak membalas atas apa yang ditimpanya :’)


2 senyuman:
agree :)
SETUJU JUGA.
kita hebat dan kita kuat
insyaAllah :')
Post a Comment