Wednesday, December 14, 2011

Saya masih belajar tentang kehidupan

  Dimulakan dengan  بسم الله الرحمن والرحيم

Sila abaikan gambar gedik ini. HAHA


Assalamualaikum. Saya sedang belajar..

Pernah tak alami kenangan memori yang lalu bermain main di fikiran? Okay. sekarang ini saya sedang mengalaminya. Nak lari jauh jauh pun, tiada guna. Sebab ia tetap mengekori dari belakang. Kadang kala bila terlalu mengenangkannya tanpa diduga boleh buatkan diri saya ni nak mengeluarkan air mata je. Cehh! Cenggeng. Ish ish. Bukan apa, mungkin kekadang saya rasa bila perkara itu sedang berlaku tanpa diduga kita tidak reti nak menghargai waktu itu, detik itu saat itu. walau beberapa kali mungkin kita sedar. Tapi oleh kerana kita terlalu lalai leka dengan semua yang Allah telah tetapkan pada kita, kita terlupa nak hargai. Kita terlupa untuk bersyukur, berterima kasih pada Allah. Lalu Allah buatkan masa berlalu dengan pantas tanpa kita sedari. Bila semua sudah berlalu. Allah melintaskan semua kenangan itu kembali difikiran bagi untuk kita menyesali perkara yang kita tidak syukuri. Menyesal tidak menikmati saat saat itu.



Ya Allah.. sejujurnya ada kala memang sakit pedih bila terlintas difikiran ini. Tapi dalam masa yang sama saya bersyukur. Sebab Allah tahu saya kuat. Sebab itu jugalah Allah tetapkan segalanya untuk yang dialami oleh saya sendiri. Alhamdulillah.



Okay, semester tiga kali ini. Saya akan belajar accounting dan economic macam waktu ketika di sekolah menengah di Perimbun dulu. Cuma yang berbezanya, sekarang saya kena belajar dalam bahasa penjajah. Sedangkan dulu ketika di sekolah, saya bangga belajar dengan bahasa kebangsaan Negara sendiri.



Setiap kali kelas accounting, setiap kali itu jugak saya merindui zaman ketika di persekolahan. masyaAllah, adakala memang menyakitkan rasa bila kenangan itu datang menyinggah di minda. Tapi dalam masa yang sama  juga, saya bersyukur pada Allah kerna melintaskan kenangan itu. ini kerana saya akan bertambah tambah merindui sahabat baik yang masing masing sibuk dengan pembelajaran masing masing sekarang.



Memang laa kalau dulu waktu sekolah, meronta ronta mengeluh susah, penat, tension setiap kali  tak dapat nak selesaikan soalan perakaunan tu. Tapi sekarang, buat setakat ini. Alhamdulillah.. setiap kali lecture nak bagi tutorial hati berkobar kobar nak buat. Kah kah kah. Sengal dehh rasa. hee

Tapi saya rasa sedikit kesian pada dua orang sahabat saya ni. Nor Assiqin dengan Ummi Nur Izzati. Dua orang hamba Allah ni banyak susah sebab saya dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, malah sekarang pun saya masih tetap susahkan mereka berdua ini walaupun masing masing sudah berada  jauh antara satu sama lain. Huhu. Apa apa pun, terima kasih kepada mereka berdua ni sebab jadi mangsa saya bila saya tak dapat nak selesaikan soalan atau ada kemusykilan. Kredit henset habis sebab asyik call mereka berdua sebab tanya soalan. HAHA.



Okay, saya sangat sengal. hehe


* Dalam hati. Saya rindukan cikgu Ruslini saya :'(


Nota kaki si budak nakal : Kenangan itu sentiasa akan melintas di fikiran tanpa kita sendiri sedari. Kenangan itu memang ada kalanya sangat menyakitkan tapi disebalik kesakitan itu, Allah sembunyikan sebuah rahmat dan nikmat Allah tersendiri. Senyum selalu :)

3 senyuman:

norassiqinbadri said...

salam sayang buat sahabat aku yang senget ni...
alhamdulillah...
bukan semua orang diberi peluang untuk kembali mengigati sebuah kenangan...
bukan semua orang bersyukur dengan kenangan yang mereka miliki...
DAN.......
tuk pengetahuan ko CIK NUR SAKINAH MISWAN...
kwn ko yang sama2 senget macam ko ni cikit pun xd rasa disusahkan...
malah aku sangat berbesar hati untuk membantu apa myang termampu yang leh diberikan dari seorang sahabat..ok??
n tuk pengetahuan ko gak...
ko da pun bawak masuk aq sekali dengan semua kenangan ko ingat...
remember????
so pasni no more menyusahkan atau ape2 ayat yang sewaktu dengannya..
kalu x aku cancel jadi guru tuisyen ko tau??hehe
gud luck!!

KinaMissOne said...

Perghh! Kau buat karangan ke apee ni?? hehe Okay okay. Terima kasih babe. Terharu aku :')

aRis n0r moHamaD said...

Qin. .
teringat ak masa zaman bdak2 sklah rndah dlu. .huhu. .time sklah mngah plak. .rindu ak nk sekolah mcam dlu. .haha