Assalamulaikum.
Dah lama tak update blog. Hee. yelaa, makin lama makin rasa tiada privasi bila apa apa yang terjadi mesti nak update kat blog laa, facebook laa, tweeter laa, ehem. Saya tak ada tweeter okay?
Mulakan dengan bismillah. Minggu depan, ada tiga test yang bakal saya hadapi. Tapi, mood nak study tuuu.. err. Main lari lari la mood dia. Hehe. Okay, nampak sangat alasan tak nak study kan kan? Ehem. Tak jugak. Sambil menaip sambil membaca. Boleh tak macam tu? Diterima tak?? Ngee.
Okay. diam seketika sekejab.
Saya nak tanya, pernah tak dengar kalau anak jatuh sakit si ibu pasti akan turut jatuh sakit. Pada mulanya tak berapa nak faham juga bila seorang kawan baru saya cakap pasal ni. Alah, biasa laa mood blur blur datang. Hehe. Okay, baru seminggu kenal dah rapat. Err. Dia senior part5 saya. Ngee. Mulanya topik ni boleh terkeluar dari mulut dia disebabkan saya dapat tahu pasal ibu tengah tak berapa nak sihat. Hmm.. seorang anak mana yang tidak risaukan si ibu bila si ibu jatuh sakit bukan? Lalu, untuk menyedapkan hati saya, si senior saya ni tanyalaa saya pernah dengar tak pasal kalau si anak jatuh sakit, si ibu juga akan pasti turut jatuh sakit.
Memang saya pernah dengar. Tap mungkin juga saya ingin lebih penerangan. Allah telah memberikan satu anugerah yang sangat kuat kepada kaum ibu berbanding kaum ayah. Iaitu telepati. Hm. Telepati ini satu kemampuan komunikasi atau deria rasa atau perasaan yang sangat kuat tanpa berhubung melalui percakapan atau tingkah laku. Okay, itu dari segi apa yang saya faham. Kalau kita tengok drama drama kat tv yang di tayangkan. Bila seorang ibu sedang melapkan pinggan tetiba jatuh pinggan itu lalu pecah. Dan pada masa yang sama pasti ada sesuatu yang berlaku pada si anak ibu ini.
Dan ini kisah saya. Ngee. Baru baru ni ada perkhemahan untuk YAKIN DIRI TINGKAT PRESTASI. Pasal kem ni nanti saya akan ceritakan pengalaman saya di entri akan datang.. sepanjang menyertai kem YDTP ini sebagai peserta. Kesihatan diri saya tidak memuaskan. Batuk batuk. Okay, itu batuk yang memang rutin bila waktu malam. Hoishh. Sabar jela. Selain batuk, ehee. Biasalah kalau dah sakit kaum hawa setiap bulan. Ngee. Senggugut. Jujur kali ini adalah yang paling teruk pernah kena. Aahhh. Malu malu, lepas ni sure ramai dah tau. Haha. Okay, semua modul yang ada, saya cuba sertai dengan hati yang girang. Sedangkan dalam hati, Allah saja yang tahu. hm. Bila dah balik dari kem tu, terus telefon ibu. Yelaa. Sumpah sejujurnya saya sangat merindui ibu ayah saya. Huu. Bila call ibu, dengar suara ibu lain macam. Bila ditanya, ibu cakap selesema. Rupanya dah hampir empat hari jugaklah.
Perasaan risau terus menyelubungi perasaan diri saya ni. Hm. Alhamdulillah, ada kawan senior yang cuba menyedapkan hati saya.
“kina, sebagai anak apa yang kita mampu buat ialah sentiasa mendoakan kesihatan ibu ayah kita. Jadi kina jangan berhenti doa untuk ibu. Kuatkan semangat. Sakit itu ujian daripada Allah. So, kita kena terima…”
“kina kena kuat. Jangan sedih sedih. Lepas ni kerap call ibu. Suruh ibu banyakkan berehat…”
Okay. kepada senior saya ni. Hehh. Terima kasih atas kata kata semangat yang anda berikan :D
Ye, memang betul semua yang senior saya ni cakap. Kita sebagai anak hanya mampu berdoa saja bila dah berjauhan macam ni. Lainlah kalau tinggal bersama. Kita boleh menjaga mereka. Tambahan, nabi s.a.w. pernah bersabda; “anak yang soleh itu adalah anak yang sentiasa mendoakan untuk ibu ayahnya.”
Nota ringkas : Oohhoiii. Nak study untuk test. Tapi mood main kejar kejar dengan emosi dan perasaan. Memang rasa sakit je bila tengah macam ni. Tapi nak tak nak, perlu kuat untu kejar semula mood untuk study tu. “Sesungguhnya sesuatu kaum itu takkan berubah nasibnya dengan sendiri melainkan mereka berusaha untuk mengubah..”
1 senyuman:
insyaallah..
gud luck test!!
takde ape yang lebih mengembirakan hati ibu da ayah selain melihat anak nya berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah!!
Post a Comment